Apa itu Alat Bantu Mengajar ?



 PENGENALAN


Pembinaan alat bantu mengajar memerlukan guru yang kreatif dan inovatif, khususnya dalam mengajar kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira. Pembinaan ABM seharusnya diasaskan kepada pengetahuan dan kemahiran sedia murid . ABM yang berkesan mempunyai ciri-ciri yang fleksibel dan mudah digunakan dalam sebarang situasi dalam bilik darjah. Sungguhpun begitu ABM yang berkesan akan menjadikan pembelajaran lebih produktif dan mempercepatkan kadar pembelajaran serta menjadikan pengajaran lebih bersifat individu yakni berasaskan keupayaan diri.


DEFINISI ALAT BANTU MENGAJAR

Alat Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa,hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.



 




5 comments: